• Adakah pegawai yang memungut wang tunai diberi kebenaran khusus secara bertulis untuk berbuat demikian (AP 69)?
  • Adakah pegawai yang memasukkan wang ke bank mempunyai kebenaran bertulis daripada pihak Bendahari Universiti Teknologi Mara (PB 7/2006)?
  • Adakah resit-resit dikeluarkan dengan segera bagi semua kutipan yang dibuat di kaunter?
  • Adakah laporan kutipan harian disemak dan diperiksa oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab  pada setiap hari?
  • Adakah daftar mel diselenggarakan dengan lengkap untuk merekodkan semua terimaan wang/barangan berharga yang diterima melalui pos (AP 71)?
  • Adakah hasil yang dikutip mengikut kadar bayaran yang ditetapkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan?
  • Adakah notis kepada orang awam untuk meminta resit dipaparkan ditempat yang mudah dilihat (AP 61)?
  • Adakah pungutan dimasukkan ke dalam bank pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya (PB 7/2006)?
  • Adakah pegawai pemungut dan pegawai yang memasukkan wang ke dalam bank daripada staf yang berlainan (PB 7/2006)?


    Nota : AP = Arahan Perbendaharaan
    PB = Pekeliling Bendahari