• Adakah perunding berdaftar dengan Kementerian Kewangan (AP 184.3)?
  • Adakah MOA (Memorandum of Agreement ) ditandatangani diantara Universiti Teknologi Mara dengan perunding dan disediakan satu bulan dari tarikh perlantikan?
  • Adakah Jawatankuasa Pembuka Tender terdiri dari dua orang pegawai yang salah seorangnya pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesianal (SPP 5/2007 para 30.1) (AP  197.2(a))?
  • Adakah kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (SPP 5/2007 para 5.1)?
  • Adakah kontraktor mematuhi syarat Surat Setuju Terima Tender (SPP 5/2007)?
  • Adakah dokumen kontrak disediakan dan ditandatangani (SPP 5/2007) (AP 200.1(a)) dalam tempoh 4 bulan tarikh Surat Setuju Terima?
  • Adakah tarikh milik tapak sama dengan tarikh yang dinyatakan dalam surat penerimaan?
  • Adakah tempoh sahlaku jaminan bank/insuran 12 bulan selepas tamat tempoh kontrak atau ke satu tempoh lanjutan yang diluluskan (SPP 5/2007)?
  • Adakah mesyuarat tapak bina diadakan mengikut SPKPKR Bil. 3/91?
  • Adakah Bayaran Kemajuan/Interim dibuat dalam masa 30 hari selepas penilaian tapak dilakukan oleh perunding?
  • Sekiranya perjanjian kontrak belum ditandatangani, adakah bayaran kemajuan dibayar sehingga 3 kali bayaran dalam tempoh 4 bulan pertama selepas keluarnya Surat Setuju Tender (SPP 10/95)?
  • Adakah Arahan Perubahan Kerja (APK) diluluskan oleh jawatankuasa APK (Pekeliling APK 1/02 para 6.0)?
  • Adakah Sijil Tak Siap Kerja dikeluarkan selepas tamat tempoh kontrak? Sekiranya tidak, adakah surat perakuan kelambatan dan lanjutan masa dikeluarkan?
  • Adakah Sijil Siap Kerja dikeluarkan bagi kerja kontrak yang telah siap?
  • Adakah satu akaun amanah ditubuhkan bagi mengakaunkan wang gantirugi LAD (Liquidated Ascertained Damages ) (SPP 8/95)?
  • Adakah Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) diperolehi dalam masa 3 bulan selepas Sijil Siap Kerja diperolehi?
  • Adakah kecacatan diperbaiki dalam tempoh 3 bulan selepas Sijil Siap Kerja dikeluarkan dan ditanggung oleh kontraktor?


    Nota : AP = Arahan Perbendaharaan
    SPP = Surat Pekeliling Perbendaharaan
    SPKPKR = Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya