Pembelian Terus

  • Adakah perolehan bekalan bernilai RM3,000 hingga RM10,000 dipelawa kepada sekurang-kurangnya satu sebutharga dari mana-mana pembekal serta tidak tertumpu kepada syarikat tertentu (PB 7/2009)?
  • Adakah perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan bernilai RM10,000 hingga RM50,000 dipelawa kepada sekurang-kurangnya dua pembekal berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kewangan serta tidak tertumpu kepada syarikat tertentu (PB 7/2009)?
  • Adakah pelawaan dikalangan syarikat bertaraf Bumiputera diberi keutamaan (PB 7/2009)?
  • Adakah bekalan dan perkhidmatan diperolehi dengan membuat perbandingan harga?

Sebutharga Rasmi

Kerja

  • Adakah Jawatankuasa Sebutharga ditubuhkan?
  • Adakah sebutharga rasmi bagi kerja-kerja bernilai RM20,000 hingga RM200,000 dipelawa dikalangan 5 kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (SPP 5/2009)?
  • Adakah kerja bernilai RM200,000 hingga RM500,000 dipelawa dikalangan 5 kontraktor kelas E yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (SPP Bil. 5/2009)?
  • Adakah keputusan sebutharga dibuat oleh jawatankuasa yang mengandungi tiga orang ahli?
  • Adakah polisi insuran yang berkaitan diserahkan oleh kontraktor sebelum kerja-kerja dimulakan?
  • Adakah surat perjanjian kontrak ditandatangani oleh kontraktor sebelum kerja-kerja dijalankan?
  • Adakah bayaran gantirugi/denda atas kelewatan siap kerja dikenakan terhadap kontraktor jika kerja-kerja lewat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan?

Bekalan dan Perkhidmatan

  • Adakah perolehan bekalan/perkhidmatan bernilai RM50,000 hingga RM100,000 dipelawa dikalangan sekurang-kurangnya 5 pembekal tempatan bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan (SPP 5/2009)?
  • Adakah perolehan bekalan/perkhidmatan bernilai RM100,000 hingga RM500,000 dipelawa dikalangan sekurang-kurangnya 5 pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan (SPP 5/2009)?


    Nota : PB = Pekeliling Bendahari
    SPP = Surat Pekeliling Perbendaharaan