Kerja-kerja

  • Adakah semua pelawaan tender diiklankan di dalam suratkhabar mengikut peraturan Arahan Perbendaharaan yang berkaitan?
  • Adakah Jawatankuasa Pembuka Tender terdiri daripada 2 orang pegawai dimana seorang daripadanya terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (PB 5/2008)?
  • Adakah pihak kontraktor menyerahkan semula surat setuju terima kontrak?
  • Adakah bon perlaksanaan dan semua polisi insuran diserahkan oleh pihak kontraktor sebelum kerja-kerja dijalankan?
  • Adakah dokumen kontrak ditandatangani oleh pihak kontraktor?
  • Adakah bayaran gantirugi/denda atas kelewatan siap kerja dikenakan terhadap kontraktor jika kerja-kerja disiapkan melebihi tarikh yang ditetapkan?

Perkhidmatan & Bekalan

  • Adakah dokumen spesifikasi dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal & Peralatan yang dilantik seperti berikut (PB 2/2008)?

i)  Peralatan Pandang Dengar - Jawatankuasa Alat Pandang Dengar
ii) Peralatan Komputer - Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan ICT (JPPICT)
iii) Peralatan Elektronik - Jawatankuasa Alat Elektronik
iv) Peralatan Makmal Sains Teknologi - Jawatankuasa Teknikal Peralatan Fakulti

  • Adakah PTJ membuat perancangan pembelian mengikut jumlah peruntukan yang telah diagihkan (PB 2/2008)?
  • Adakah tinjauan pasaran (market survey) dibuat sebagai penyediaan anggaran harga dan spesifikasi (PB 2/2008)?
  • Adakah keperluan latihan bagi peralatan yang hendak dibeli dimasukkan dan dijadikan sebahagian daripada spesifikasi item peralatan (PB 2/2008)?
  • Adakah semua pelawaan tender diiklankan didalam suratkhabar mengikut peraturan Arahan Perbendaharaan yang berkaitan?
  • Adakah Jawatankuasa Pembuka Tender terdiri daripada 2 orang pegawai dimana seorang daripadanya terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (PB 5/2008)?


Nota : PB = Pekeliling Bendahari
PTJ = Pusat Tanggungjawab