Tuntutan Perjalanan

  • Adakah tuntutan yang dibuat oleh pegawai mendapat kelulusan daripada pegawai atasan?
  • Adakah pendahuluan perjalanan diselaraskan tidak lewat dari 10hb bulan berikutnya (AP100(a))¬†& PB 2/2007?
  • Bagi staf yang mengambil pendahuluan, adakah pemotongan gaji dibuat secara otomatis sekiranya borang tuntutan perjalanan tidak dikemukakan kepada Pejabat Pembayar selepas 10hb bulan berikutnya (PB 2/2007)?
  • Adakah tuntutan elaun yang dibuat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan (Perintah Am Bab B)?
  • Adakah baki pendahuluan diserahkan ke kaunter penerimaan Pejabat Bendahari dalam tempoh 7 hari selepas kembali dari bertugas/berkursus (PB 2/2007)?

Tuntutan Pelbagai

  • Adakah pelarasan dibuat bersertakan dokumen sokongan seperti resit?
  • Adakah pendahuluan diselaraskan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tamat program/projek (JKP Bil. 119)?


Nota : AP = Arahan Perbendaharaan
PB = Pekeliling Bendahari
JKP = Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan