Internal Control Assessment Checklist ialah satu kaedah yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan bagi menilai sistem kawalan dalaman di bahagian masing-masing supaya semua kawalan dijalankan dengan cekap dan berkesan. Objektif asas kawalan dalaman adalah untuk memastikan keandalan dan integriti maklumat, kepatuhan segala dasar, rancangan, tatacara, undang-undang dan peraturan, penjagaan aset, penggunaan sumber yang berhemat dan cekap, pencapaian objektif dan matlamat yang telah ditentukan bagi operasi/rancangan.

Internal Control Assessment Checklist yang terdapat di dalam Laman Web ini tidak merangkumi keseluruhan peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti. Ia juga disediakan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang menjadi kebiasaan (common) kepada kebanyakan bahagian, fakulti dan cawangan. Dasar, peraturan, undang-undang dan tatacara yang terperinci boleh dirujuk kepada pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh bahagian-bahagian yang berkaitan.