Fungsi

  • Menentukan sama ada operasi-operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan mempastikan bahawa dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang diwajibkan adalah diikuti.
  • Mengulangkaji dan menilaikan secara teratur dan sistematik operasi-operasi agensi dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, kekesanan dan ekonomi.
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi-operasi agensi berkenaan dalam bidang-bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan di mana tindakan pembetulan adalah diperlukan.
  • Memberi kepada Ketua Agensi laporan-laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya (timely) mengenai operasi-operasi agensi tersebut supaya beliau dapat meninjau akan kedudukan agensinya, bagaimana rancangan-rancangannya dijalankan, sama ada matlamat-matlamatnya dicapai, sama ada wang awam digunakan dengan sepatutnya dan sumber-sumber diperuntukkan dengan cekapnya.