1 Januari 1980

Unit Audit Dalam mula ditubuhkan.

1982-1995

Unit beroperasi sepenuhnya dengan diketuai oleh seorang wakil dari Jabatan Audit Negara secara pinjaman (secondment) dan seorang Penolong Juruaudit.

1996

Penambahan staf iaitu dua (2) orang Juruaudit telah dilantik.

1998

Lantikan tetap Ketua Juruaudit menggantikan wakil Jabatan Audit Negara. Kakitangan berjumlah empat (4) orang iaitu seorang Ketua Juruaudit, dua (2) orang Juruaudit dan seorang Penolong Juruaudit.

2003-2008

Perluasan struktur dengan penambahan staf berjumlah 24 orang iaitu seorang Ketua Juruaudit, seorang Juruaudit Kanan, lima (5) orang Juruaudit, sembilan (9) orang Penolong Juruaudit, lima (5) orang Pembantu Juruaudit dan tiga (3) orang staf di bahagian pentadbiran.

1 Disember 2008

Unit Audit Dalam dinaiktaraf ke Bahagian Audit Dalam.

2009-2010

Bahagian Audit Dalam terus berkembang dengan penambahan staf yang berjumlah 38 orang iaitu seorang (1) Ketua Juruaudit, seorang (1) Timbalan Ketua Juruaudit, dua (2) orang Juruaudit Kanan, enam (6) orang Juruaudit, tiga (3) orang Penolong Juruaudit Kanan, 17 orang Penolong Juruaudit, empat (4) orang Pembantu Juruaudit dan empat (4) orang staf di bahagian pentadbiran.

2011 Hingga Sekarang

Bahagian Audit Dalam telah memperluaskan lagi struktur organisasinya dengan melaksanakan Sistem Zon. Unit Audit Dalam (UAD) telah diwujudkan di tiga (3) Zon. Setiap UAD Zon akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pengauditan bagi dua (2) hingga tiga (3) UiTM negeri seperti berikut :

  • UAD Zon A (UiTM Perlis) - UiTM Perlis dan UiTM Kedah
  • UAD Zon B (UiTM Perak) - UiTM Perak dan UiTM P.Pinang
  • UAD Zon C (UiTM Terengganu) - UiTM Terengganu, UiTM Kelantan dan UiTM Pahang

Secara keseluruhannya, sehingga kini jumlah staf Bahagian Audit Dalam adalah 43 orang iaitu seorang (1) Ketua Juruaudit, seorang (1) Timbalan Ketua Juruaudit, dua (2) orang Juruaudit Kanan, tujuh (7) orang Juruaudit, tiga (3) orang Penolong Juruaudit Kanan, 19 orang Penolong Juruaudit, enam (6) orang Pembantu Juruaudit, seorang (1) Setiausaha Pejabat dan tiga (3) orang staf di bahagian pentadbiran.