ICAC

Internal Control Assessment Checklist (ICAC)

Internal Control Assessment Checklist (ICAC)
  • Internal Control Assessment Checklist ialah satu kaedah yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan bagi menilai sistem kawalan dalaman di bahagian masing-masing supaya semua kawalan dijalankan dengan cekap dan berkesan. Objektif asas kawalan dalaman adalah untuk memastikan keandalan dan integriti maklumat, kepatuhan segala dasar, rancangan, tatacara, undang-undang dan peraturan, penjagaan aset, penggunaan sumber yang berhemat dan cekap, pencapaian objektif dan matlamat yang telah ditentukan bagi operasi/rancangan.

  • Internal Control Assessment Checklist yang terdapat di dalam Laman Web ini tidak merangkumi keseluruhan peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti. Ia juga disediakan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang menjadi kebiasaan (common) kepada kebanyakan bahagian, fakulti dan cawangan. Dasar, peraturan, undang-undang dan tatacara yang terperinci boleh dirujuk kepada pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh bahagian-bahagian yang berkaitan.
Pengurusan Kontrak Binaan
  • Adakah perunding berdaftar dengan Kementerian Kewangan (AP 184.3)?
  • Adakah MOA (Memorandum of Agreement ) ditandatangani diantara Universiti Teknologi Mara dengan perunding dan disediakan satu bulan dari tarikh perlantikan?
  • Adakah Jawatankuasa Pembuka Tender terdiri dari dua orang pegawai yang salah seorangnya pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesianal (SPP 5/2007 para 30.1) (AP 197.2(a))?
  • Adakah kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (SPP 5/2007 para 5.1)?
  • Adakah kontraktor mematuhi syarat Surat Setuju Terima Tender (SPP 5/2007)?
  • Adakah dokumen kontrak disediakan dan ditandatangani (SPP 5/2007) (AP 200.1(a)) dalam tempoh 4 bulan tarikh Surat Setuju Terima?
  • Adakah tarikh milik tapak sama dengan tarikh yang dinyatakan dalam surat penerimaan?
  • Adakah tempoh sahlaku jaminan bank/insuran 12 bulan selepas tamat tempoh kontrak atau ke satu tempoh lanjutan yang diluluskan (SPP 5/2007)?
  • Adakah mesyuarat tapak bina diadakan mengikut SPKPKR Bil. 3/91?
  • Adakah Bayaran Kemajuan/Interim dibuat dalam masa 30 hari selepas penilaian tapak dilakukan oleh perunding?
  • Sekiranya perjanjian kontrak belum ditandatangani, adakah bayaran kemajuan dibayar sehingga 3 kali bayaran dalam tempoh 4 bulan pertama selepas keluarnya Surat Setuju Tender (SPP 10/95)?
  • Adakah Arahan Perubahan Kerja (APK) diluluskan oleh jawatankuasa APK (Pekeliling APK 1/02 para 6.0)?
  • Adakah Sijil Tak Siap Kerja dikeluarkan selepas tamat tempoh kontrak? Sekiranya tidak, adakah surat perakuan kelambatan dan lanjutan masa dikeluarkan?
  • Adakah Sijil Siap Kerja dikeluarkan bagi kerja kontrak yang telah siap?
  • Adakah satu akaun amanah ditubuhkan bagi mengakaunkan wang gantirugi LAD (Liquidated Ascertained Damages ) (SPP 8/95)?
  • Adakah Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) diperolehi dalam masa 3 bulan selepas Sijil Siap Kerja diperolehi?
  • Adakah kecacatan diperbaiki dalam tempoh 3 bulan selepas Sijil Siap Kerja dikeluarkan dan ditanggung oleh kontraktor?
Nota : AP = Arahan Perbendaharaan
SPP = Surat Pekeliling Perbendaharaan
SPKPKR = Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya
Tuntutan Perjalanan & Pelbagai
Tuntutan Perjalanan
  • Adakah tuntutan yang dibuat oleh pegawai mendapat kelulusan daripada pegawai atasan?
  • Adakah pendahuluan perjalanan diselaraskan tidak lewat dari 10hb bulan berikutnya (AP100(a)) & PB 2/2007?
  • Bagi staf yang mengambil pendahuluan, adakah pemotongan gaji dibuat secara otomatis sekiranya borang tuntutan perjalanan tidak dikemukakan kepada Pejabat Pembayar selepas 10hb bulan berikutnya (PB 2/2007)?
  • Adakah tuntutan elaun yang dibuat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan (Perintah Am Bab B)?
  • Adakah baki pendahuluan diserahkan ke kaunter penerimaan Pejabat Bendahari dalam tempoh 7 hari selepas kembali dari bertugas/berkursus (PB 2/2007)?

Tuntutan Pelbagai
  • Adakah pelarasan dibuat bersertakan dokumen sokongan seperti resit?
  • Adakah pendahuluan diselaraskan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tamat program/projek (JKP Bil. 119)?
Pengurusan Stor
  • Adakah daftar pinjaman barangan/peralatan diselenggarakan oleh pegawai yang
  • bertanggungjawab?
  • Adakah baki stok di kad dan baki fizikal sama?
  • Adakah stok, barangan dan peralatan disimpan mengikut sistem yang ditetapkan?
  • Adakah barang yang diterima sama dengan nota penghantaran dan inbois?
  • Adakah kuantiti stok maksima, stok minima dan angka menokok stok ditentukan?
  • Adakah tindakan diambil terhadap stok yang usang, rosak dan luput tempoh penggunaannya?
  • Adakah verifikasi stok dijalankan oleh pegawai yang bukan dari bahagian stor yang sama?
  • Adakah verifikasi stok dijalankan oleh pegawai yang memeriksa sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 tahun (Tatacara Pengurusan Stor perkara 238)?
Kawalan Pengurusan Aset & Inventori
  • Adakah daftar harta/inventori diselenggara dan dikemaskini?
  • Adakah pemeriksaan fizikal dijalankan oleh pegawai yang dilantik terhadap aset dan inventori?
  • Adakah maklumat aset seperti lokasi, harga, tarikh pembelian dan kod penandaan dicatat di Kad Daftar Harta?
  • Adakah nombor rujukan diberikan dan ditanda di atas harta tersebut?
  • Adakah harta/inventori yang telah usang, rosak dan tidak digunakan dilupus?
  • Adakah rekod pinjaman harta diselenggara dan dikemaskini?
  • Adakah proses kehilangan harta modal dan inventori dibuat mengikut peraturan/arahan (AP314-328)?
  • Adakah langkah-langkah keselamatan diambil ke atas harta/inventori?
  • Adakah harta yang diagihkan kepada pegawai dibuat secara bertulis?
Kerja Lebih Masa
  • Adakah tuntutan kerja lebih masa mematuhi peraturan dan arahan Perintah Am Bab G?
  • Adakah tuntutan kerja lebih masa yang melebihi 1/3 daripada gaji pokok mendapat kelulusan pegawai sekurang-kurangnya daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional?
  • Adakah bayaran lebih masa dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan?
  • Adakah kerja lebih masa mendapat kebenaran daripada Pendaftar/Pengarah Kampus Cawangan?
  • Adakah tuntutan lebih masa dibuat bersertakan dengan dokumen sokongan?
  • Adakah waktu rehat 1 jam diberi bagi setiap 8 jam kerja lebih masa (Perintah Am Bab G)?
  • Adakah kerja lebih masa tidak dilakukan dalam waktu bertugas biasa?
  • Adakah kerja lebih masa tidak dijalankan 24 jam tanpa berhenti?
  • Adakah Kad Perakam Waktu diketip bagi tempoh kerja lebih masa?
Panjar Wang Runcit
  • Adakah baki wang tunai dalam tangan sama dengan baki yang dicatitkan dalam buku tunai panjar wang runcit?
  • Adakah semua pembelian runcit dicatatkan dalam buku tunai panjar wang runcit?
  • Adakah semua pembayaran melalui panjar wang runcit telah mendapat kelulusan terlebih dahulu dari pegawai yang melulus?
  • Adakah pegawai yang mengawal panjar wang runcit membuat rekupmen setelah 70% daripada jumlah panjar yang telah digunakan (PB 3/2009)?
  • Adakah perbelanjaan panjar wang runcit tidak melebihi RM500 untuk satu resit (PB 3/2009)?
  • Adakah panjar wang runcit dibelanjakan bagi tujuan yang dibenarkan (PB 3/2009)?
  • Adakah pegawai Gred 17 ke atas dilantik bagi menunaikan cek (PB 3/2009)?
  • Adakah peti wang runcit disimpan di dalam peti besi atau kabinet berkunci (PB 3/2009)?
  • Adakah pemeriksaan mengejut terhadap peti wang runcit dibuat tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan (PB 3/2009)?
  • Adakah borang permohonan pendahuluan wang runcit diisi terlebih dahulu sebelum pendahuluan diambil (PB 3/2009)?
  • Adakah resit dan baki pendahuluan dipulangkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendahuluan diambil (PB 3/2009)?
Kawalan Kenderaan Jabatan
  • Adakah Jabatan/Agensi melantik seorang pegawai pengangkutan (PB 2/2008)?
  • Adakah kenderaan digunakan dengan kelulusan pegawai pengangkutan (PB 2/2008)?
  • Adakah penyelenggaraan kenderaan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan?
  • Adakah buku log diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini untuk setiap kenderaan (PB 2/2008)?
  • Adakah pengambilan minyak untuk sesuatu kenderaan direkodkan dalam buku log (PB 2/2008)?
  • Adakah kad elektronik tol dikawal dan direkodkan dalam daftar?
  • Adakah kos penyelenggaraan kenderaan direkod dengan lengkap dalam daftar penyelenggaraan harta modal (PB 2/2008)?
  • Adakah kenderaan disimpan dengan selamat semasa tidak digunakan?
  • Adakah tindakan pelupusan diambil terhadap kenderaan yang tidak ekonomik dibaiki dan tidak selamat digunakan?
Pengurusan Tender
Kerja-kerja
  • Adakah semua pelawaan tender diiklankan di dalam suratkhabar mengikut peraturan Arahan Perbendaharaan yang berkaitan?
  • Adakah Jawatankuasa Pembuka Tender terdiri daripada 2 orang pegawai dimana seorang daripadanya terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (PB 5/2008)?
  • Adakah pihak kontraktor menyerahkan semula surat setuju terima kontrak?
  • Adakah bon perlaksanaan dan semua polisi insuran diserahkan oleh pihak kontraktor sebelum kerja-kerja dijalankan?
  • Adakah dokumen kontrak ditandatangani oleh pihak kontraktor?
  • Adakah bayaran gantirugi/denda atas kelewatan siap kerja dikenakan terhadap kontraktor jika kerja-kerja disiapkan melebihi tarikh yang ditetapkan?

Perkhidmatan & Bekalan
  • Adakah dokumen spesifikasi dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal & Peralatan yang dilantik seperti berikut (PB 2/2008)?
  1. Peralatan Pandang Dengar - Jawatankuasa Alat Pandang Dengar
  2. Peralatan Komputer - Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan ICT (JPPICT)
  3. Peralatan Elektronik - Jawatankuasa Alat Elektronik
  4. Peralatan Makmal Sains Teknologi - Jawatankuasa Teknikal Peralatan Fakulti
  • Adakah PTJ membuat perancangan pembelian mengikut jumlah peruntukan yang telah diagihkan (PB 2/2008)?
  • Adakah tinjauan pasaran (market survey) dibuat sebagai penyediaan anggaran harga dan spesifikasi (PB 2/2008)?
  • Adakah keperluan latihan bagi peralatan yang hendak dibeli dimasukkan dan dijadikan sebahagian daripada spesifikasi item peralatan (PB 2/2008)?
  • Adakah semua pelawaan tender diiklankan didalam suratkhabar mengikut peraturan Arahan Perbendaharaan yang berkaitan?
  • Adakah Jawatankuasa Pembuka Tender terdiri daripada 2 orang pegawai dimana seorang daripadanya terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (PB 5/2008)?
Pengurusan Sebutharga
Pembelian Terus
  • Adakah perolehan bekalan bernilai RM3,000 hingga RM10,000 dipelawa kepada sekurang-kurangnya satu sebutharga dari mana-mana pembekal serta tidak tertumpu kepada syarikat tertentu (PB 7/2009)?
  • Adakah perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan bernilai RM10,000 hingga RM50,000 dipelawa kepada sekurang-kurangnya dua pembekal berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kewangan serta tidak tertumpu kepada syarikat tertentu (PB 7/2009)?
  • Adakah pelawaan dikalangan syarikat bertaraf Bumiputera diberi keutamaan (PB 7/2009)?
  • Adakah bekalan dan perkhidmatan diperolehi dengan membuat perbandingan harga?

Sebutharga Rasmi

Kerja

  • Adakah Jawatankuasa Sebutharga ditubuhkan?
  • Adakah sebutharga rasmi bagi kerja-kerja bernilai RM20,000 hingga RM200,000 dipelawa dikalangan 5 kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (SPP 5/2009)?
  • Adakah kerja bernilai RM200,000 hingga RM500,000 dipelawa dikalangan 5 kontraktor kelas E yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (SPP Bil. 5/2009)?
  • Adakah keputusan sebutharga dibuat oleh jawatankuasa yang mengandungi tiga orang ahli?
  • Adakah polisi insuran yang berkaitan diserahkan oleh kontraktor sebelum kerja-kerja dimulakan?
  • Adakah surat perjanjian kontrak ditandatangani oleh kontraktor sebelum kerja-kerja dijalankan?
  • Adakah bayaran gantirugi/denda atas kelewatan siap kerja dikenakan terhadap kontraktor jika kerja-kerja lewat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan?
  • Bekalan dan Perkhidmatan
  • Adakah perolehan bekalan/perkhidmatan bernilai RM50,000 hingga RM100,000 dipelawa dikalangan sekurang-kurangnya 5 pembekal tempatan bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan (SPP 5/2009)?
  • Adakah perolehan bekalan/perkhidmatan bernilai RM100,000 hingga RM500,000 dipelawa dikalangan sekurang-kurangnya 5 pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan (SPP 5/2009)?
Pengurusan Perbelanjaan
  • Adakah baucer-baucer bayaran difailkan mengikut nombor siri dan teratur?
  • Adakah daftar baucer pembayaran diselenggarakan (AP 98(a))?
  • Adakah daftar bil dan rekod bayaran diselenggarakan (AP 103(b))?
  • Adakah pindah peruntukan (viremen) dirancang dengan baik serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan?
  • Adakah pembayaran dibuat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap?
Keselamatan Wang Tunai
  • Adakah juruwang tidak terlibat dengan penyelenggaraan rekod kewangan (AP 73)?
  • Adakah pungutan dengan resit disesuaikan oleh pegawai setiap hari (AP 80(b))?
  • Adakah wang dibankkan/dimasukkan ke bank dengan segera (AP 78(a))?
  • Adakah kemasukan wang ke bank direkod dalam buku tunai (AP 79(b))?
  • Adakah slip bank disemak dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab (AP 80(e))?
  • Adakah pungutan yang tidak sempat dibankkan disimpan dengan selamat?
Penerimaan Wang
  • Adakah pegawai yang memungut wang tunai diberi kebenaran khusus secara bertulis untuk berbuat demikian (AP 69)?
  • Adakah pegawai yang memasukkan wang ke bank mempunyai kebenaran bertulis daripada pihak Bendahari Universiti Teknologi Mara (PB 7/2006)?
  • Adakah resit-resit dikeluarkan dengan segera bagi semua kutipan yang dibuat di kaunter?
  • Adakah laporan kutipan harian disemak dan diperiksa oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab pada setiap hari?
  • Adakah daftar mel diselenggarakan dengan lengkap untuk merekodkan semua terimaan wang/barangan berharga yang diterima melalui pos (AP 71)?
  • Adakah hasil yang dikutip mengikut kadar bayaran yang ditetapkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan?
  • Adakah notis kepada orang awam untuk meminta resit dipaparkan ditempat yang mudah dilihat (AP 61)?
  • Adakah pungutan dimasukkan ke dalam bank pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya (PB 7/2006)?
  • Adakah pegawai pemungut dan pegawai yang memasukkan wang ke dalam bank daripada staf yang berlainan (PB 7/2006)?
Kawalan Pengurusan
  • Adakah Jabatan mempunyai carta organisasi yang lengkap dan kemaskini?
  • Adakah penurunan kuasa diberi secara bertulis kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan?
  • Adakah manual prosedur kerja jabatan disediakan dengan lengkap dan kemaskini mengikut PKPA Bil. 8/91?
  • Adakah fail meja setiap pegawai disediakan dan dikemaskini mengikut PKPA Bil. 8/91?
  • Adakah Buku Perkhidmatan Kerajaan/Fail Peribadi diselenggarakan dan dikemaskini mengikut AP Bab 2 Bahagian II Perkara 19?

Contact Us

 

Bahagian Audit Dalam
Aras 4, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS),
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

audituitm@uitm.edu.my

Tel: 03-5544 2122