SOALAN LAZIM
Apakah Objektif Audit ?
  • Memastikan pengurusan berkualiti yang mematuhi peraturan, garis panduan, polisi serta dasar kerajaan.
  • Memastikan semua operasi yang dijalankan mempunyai standard, manual prosedur kerja yang sistematik serta berkualiti.
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan serta memberi cadangan untuk pembaikan.
  • Menentukan keberkesanan sistem kawalan dalaman semua operasi.
  • Apakah Tugas Juruaudit Dalam ?
  • Memeriksa dan menilai semula setiap aktiviti pengurusan samada ianya mematuhi pekeliling.
  • Memastikan setiap objektif, polisi, perancangan, prosedur dan sistem kawalan dilakukan dengan sempurna.
  • Bertindak sebagai pemangkin kepada isu-isu yang kritikal bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan yang berterusan.
  • Menyediakan laporan di Mesyuarat Jawatankuasa Audit tentang penilaian terhadap sistem kawalan dalaman.
Bagaimana Proses Kerja Pengauditan ?
  • Membuat perancangan dan penyediaan Program Audit Tahunan yang akan disahkan oleh Jawatankuasa Audit.
  • Memaklumkan atau membuat perjumpaan dengan pihak diaudit (Auditee) dalam Entrance Conference.
  • Menjalankan kerja-kerja pengauditan di Fakulti/Unit/Bahagian/Cawangan.
  • Draf laporan audit dikeluarkan dan dibincangkan dalam Exit Conference.
  • Pihak diaudit (Auditee) diberi tempoh 21 hari dari tarikh draf laporan audit dikeluarkan untuk memberi ulasan.
  • Laporan muktamad dihantar terus kepada pihak diaudit (Auditee) dan salinannya kepada Naib Canselor.
  • Pembentangan laporan audit di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit.
  • Pihak Audit akan membuat audit susulan terhadap laporan audit selepas 6 bulan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA).

Apakah Perbezaan Di antara Audit Dalam Dan Audit Luar ?
Audit Dalam
  • Ianya ditubuh berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1979 dan pelaksanaan Audit Dalam berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
  • Lapor kepada Jawatankuasa Audit (JKA) dari segi fungsi audit.
  • Skop auditan ialah pengurusan, kewangan, prestasi, teknologi maklumat dan audit khas.
  • Memastikan pengurusan yang berkesan dan cekap.
  • Staf Audit Dalam terdiri daripada staf UiTM.
  • Auditan berterusan dan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
  • Audit Dalam ditubuhkan dibawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Naib Canselor.

Audit Luar
  • Ianya ditubuhkan dibawah Akta Audit 1957.
  • Lapor kepada Parlimen.
  • Skop auditan memberi tumpuan kepada penyata kewangan.
  • Memastikan ketetapan dan kesempurnaan laporan kewangan.
  • Staf Audit Luar terdiri daripada staf Jabatan Audit Negara.
  • Auditan pada hujung tahun dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
  • Audit Luar ditetapkan oleh statut dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Apakah Audit Susulan ?
  • Audit susulan adalah satu program yang dibuat untuk memastikan perkara-perkara yang telah dipersetujui untuk diambil tindakan pembetulan telah dilakukan oleh pihak pengurusan yang diaudit (Auditee) seperti mana yang telah dinyatakan dalam laporan audit asal. Audit susulan biasanya dijalankan selepas 3 bulan laporan audit dikeluarkan kepada auditee dan dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis Audit Universiti (MAU).

Contact Us

 

Bahagian Audit Dalam
Aras 4, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS),
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

audituitm@uitm.edu.my

Tel: 03-5544 2122